Pengedaran gula perlu dipantau pihak berkuasa
Edaran gula dari kilang perlu dipantau oleh setiap Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di setiap negeri agar ia tidak diselewang dan disorok untuk tujuan eksploitasi tertentu.
Ia juga memastikan tiada masalah gula timbul di negeri-negeri lain ketika ini terutamanya di Negeri Kelantan. Pihak KPDNKK telah membuat keputusan bahawa pemborong di sesuatu negeri lain tidak boleh membawa keluar stock gula tersebut ke negeri lain untuk dipasarkan kecuali bagi kes-kes kawasan bersempadan sahaja.
Dalam masa yang sama juga, bagi mengatasi masalah gula di Negeri Kelantan, pemeriksaan secara kerap dibuat samaada ia bergantung pada bekalan dari pemborong di Kedah atau sebaliknya. Kerana jika tidak sampai di Kelantan, mungkin ia telah diseludup ke negara jiran.
No comments:
Post a Comment