Cara Kenalpasti Barang Tiruan
Tahukah anda bagaimana untuk mengenalpasti barangan buatan “Made in China”?
Dunia sekarang dilimpahi dengan pelbagai macam jenis barangan dari China. Yang mana kebanyakan barangan dari China adalah barang tiruan. Adakah anda dapat membezakan yang mana satu barangan dari China atau Taiwan?
Ada 1 cara mudah bagaimana untuk mengenalpasti barang “Made in China” ini. Caranya ialah mengenalpasti melalui teknik barcode.
CONTOH BARCODE DARI TAIWAN.
Untuk pengetahuan semua, semua barang yang dihasilkan di mana-mana negara telah pun ditetapkan kod pengeluarannya.
Dan semua barangan yang dikeluarkan di negara Cina (Made in China), barcode nya bermula dengan 3 digit ini iaitu ; 690, 691, dan 692. Semua barang yang mempunyai barcode yang dimulai dengan 3 digit ini,
adalah barangan “Made in China”.
Manakala, 3 digit pertama barcode barangan “Made in Taiwan” ialah 471.
Sekarang ini, ramai sekali peniaga yang cuba untuk menipu pelanggan mereka.
Dia kata dia jual barang asli, berjenama dan berkualiti. Namun, apabila kita beli, setelah membayar dengan harga yang mahal, dapat-dapat barang, semuanya barang tiruan, rendah mutu dan kualiti nya. Apabila diperiksa betul-betul, rupa-rupanya barang yang dijual itu adalah barang “Made in China”
Saya tak mengatakan semua barangan “Made in China” tak bagus. Tapi realitinya kebanyakan barangan keluaran negara Cina adalah barang tiruan dan banyak yang tak berkualiti. Sebab itu barangan mereka murah.
Justeru, adalah sangat baik jika kita dapat selidik dulu apa-apa barang yang ingin dibeli.
Terutamanya apabila ingin membeli barangan berjenama dan mahal.
Berikut disenaraikan beberapa negara dan barcode yang digunakan bagi produk keluaran mereka. Nombor-nombor ini adalah nombor digit pertama pada barcode yang tertera pada produk.
690 ~ 692 Made in China
00 ~ 09 Made in USA & CANADA
30 ~ 37 Made in FRANCE
40 ~ 44 Made in GERMANY
49 ~ Made in JAPAN
50 ~ Made in UK
Pengguna
Pengguna merupakan kumpulan ekonomi yang paling penting tidak kira sama ada bagi sektor awam ataupun swasta. Merekalah yang menentukan ekonomi negara. Bagi menjaga kepentingan kumpulan terbesar ini, hak pengguna telah diwujudkan. Terdapat lapan hak pengguna yang diperjuangkan secara universal di seluruh dunia.Walaupun terdapat undang-undang tertentu yang melindungi hak pengguna, namun para pengguna juga mempunyai tanggungjawab sendiri. Terdapat lima tanggungjawabpengguna yang sebenarnya hendaklah mendahului lapan hak tersebut.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI PENGGUNA BIJAK
Isu Untuk umat islam
Wednesday, June 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pengguna merupakan seseorang yang menggunakan barang,
perkhidmatan dan sumber semula jadi untuk mendapatkan kepuasan
diri. Maka sejak kita lahir dalam dunia ini, kita sudah menjadi pengguna.
Persoalannya adakah kita menjadi seorang pengguna yang bijak dan
berhemat?
Dalam sistem pasaran yang semakin kompleks, pengguna terpaksa
berhadapan dengan pelbagai isu dalaman dan antarabangsa. Isu-isu
ini termasuk peningkatan harga makanan, kualiti barang yang rendah,
pengangkutan awam, kesihatan awam, penipuan dalam pasaran dan
caj berlebihan yang dikenakan oleh bank. Untuk menangani isu-isu ini,
pengguna harus sedar tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka
agar mereka dapat melindungi kepentingan mereka. Maka, pendidikan
pengguna adalah kritikal untuk membolehkan pengguna melindungi
diri mereka sendiri.
Kita memerlukan pendidikan pengguna untuk mendapatkan
pengetahuan, kemahiran, nilai dan keupayaan untuk memainkan
peranan yang bertanggungjawab. Pendidikan pengguna bertujuan
untuk memberi motivasi kepada pengguna agar mereka dapat
melibatkan diri secara proaktif dalam proses membuat keputusan
terutamanya keputusan yang boleh mempengaruhi kehidupan
No comments:
Post a Comment